Yes! Pecah Rekod Tanaman Labu

Merujuk kepada buku Aliran Kewangan Tanaman Sayur – Sayuran dan Buah-Buahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian pada tahun 2016:

Hasil potensi bagi 1 hektar tanaman labu manis adalah 24,000 kg. Dengan jarak tanaman 8.2’ x 2’, satu hektar boleh muat 6,000 pokok labu dengan mengambil kira 90% dari keluasan tanah adalah untuk tanaman.

Bila saya kira detail, 1 pokok akan dapat lebih kurang 4 kg (24,000 / 6,000 pokok).
.
Okey kita berbalik kepada cerita yang labu kami tanam. Kita tengok ianya dapat capai tak potensi tersebut?

Kami tanam 0.62 ekar sahaja dengan jarak 16’ x 2.5’. Ianya bermaksud jarak kami adalah 2 kali ganda daripada yang disyorkan.

Kenapa kami tanam dengan jarak tersebut?

Sebab sebelum ni tapak tersebut kami dah tanam dengan tembikai. Jadi ni kira musim bonus la sebab guna tapak yang sama tanpa perlu habiskan kos untuk penyediaan tapak tanaman.

Pokok yang kami tanam 498 pokok, tapi yang hidup hingga dapat kutip hasil hanya 398 pokok je. 100 lagi telah selamat dimakan oleh geng cengkerik dan belalang. Redha je la kan sebab tu kan dah makanan mereka. Bertani Satu Ibadah.

Apa yang saya nak kita sama-sama tengok adalah berapa kilogram satu pokok yang kami dapat. Adakah kurang daripada potensi atau sebaliknya.

Jom kita kira sama-sama.

Dengan 398 pokok yang dapat kutip hasil, berat buah yang kami dapat adalah 2,184 kg. Bila dibahagi dengan 398 pokok, kami dapat 5.48 kg satu pokok.

Ya. 5.48 kg satu pokok. Saya ulang sekali lagi, 5.48 kg 1 pokok.

Yes. Dari segi hasil per pokok, kami dah dapat melebihi potensi yang ditetapkan. Dapat 5.48 kg berbanding potensi 4 kg satu pokok. Lebih 1.48 kg dari potensi. Ia bermakna kami capai 137% dari potensi.

Namun, kami tak boleh nak claim bahawa kami dah berjaya 100% sebab jarak tanaman kami tak sama. Jarak juga boleh mempengaruhi jumlah hasil per pokok.

Tapi sekurang-kurangnya ia menjadi satu kejayaan kecil buat kami untuk lebih bermotivasi dan kreatif dalam industri ini. Doakan supaya segala urusan kami dipermudahkan ya.

Terima kasih team. Korang memang ohsem. Terbaikkk.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top