Tips Cara Baja Label Baja

Lepas publish artikel “Mudahnya Buat Baja Subur” pada Jumaat lepas, ramai yang mesej tanya macam mana bentuk baja tu, nak beli kat mana dan berapa harga baja tu?

Baja NPK 15:15:15 ni adalah jenis, bukan brand ye. Orang kampung biasa panggil dengan nama Baja Hijau, merujuk kepada baja untuk subur. Ianya dalam bentuk sebatian (granul @ butiran). Maknanya ia tidak 100% larut air walau diperam berapa lama pun.

Brand yang banyak di pasaran adalah Yara Mila dan Behn Meyer. Ada yang guna Cap Singa Kuda, Cap Kepala Ayam, Cap Jambatan dan macam-macam lagi yang kita boleh jumpa bila kita pergi kedai baja.

Baja ni biasanya dipacking dalam guni dengan berat 50 kg/bag. Harganya antara RM120 – RM150 satu bag bergantung kepada brand dan kedai yang menjualnya.

Boleh dikatakan setiap kedai pertanian ada jual baja jenis ini. Ada juga kedai yang “repack” semula dalam kuantiti yang sikit. Contohnya 1 kg dijual dengan harga antara RM4 – RM6.

Perasan tak diguni baja tu akan tulis 15:15:15! Bukan saja-saja nak tulis ye kawan-kawan tapi ada maknanya tu. Tengok di belakang bag tu mesti ada tulis penjelasan tentang angka-angka tersebut.

Okey, jom kita sama-sama ambil tahu apa maknanya 15:15:15 dekat guni baja tu.

> Angka 15 yang pertama bermaksud nisbah ketulenan @ peratusan Nitrogen yang ada dalam baja tu.

> Angka 15 yang kedua bermaksud nisbah ketulenan @ peratusan Phosphurus yang ada dalam baja tu.

> Angka 15 yang ketiga bermaksud nisbah ketulenan @ peratusan Kalium atau Poitassium yang ada dalam baja tu.

Dengan kata mudah, Baja NPK 15:15:15 ni ada 15% Nitrogen, 15% Phosphorus dan 15% Kalium @ Potassium.

Kawan-kawan mesti pernah pergi kedai pertanian kan. Dekat situ kita akan nampak macam macam lagi angka yang tertulis di bag- bag baja. Contohnya,

> 15:15:15 + 2S
> 16:16:16
> 12:12:17 + TE
> 12:12:17:2 + 8S +TE
> 13:13:21 + TE

Kita ambil contoh lagi satu untuk sama-sama lebih jelas ye. Contoh gambar di bawah, baja jenis 12:12:17:2 +8S + TE

> Angka 12 yang pertama bermaksud nisbah ketulenan @ peratusan Nitrogen yang ada dalam baja tu.

> Angka 12 yang kedua bermaksud nisbah ketulenan @ peratusan Phosphurus yang ada dalam baja tu.

> Angka 17 yang ketiga bermaksud nisbah ketulenan @ peratusan Kalium atau Poitassium yang ada dalam baja tu.

> Angka 2 yang keempat bermaksud nisbah ketulenan @ peratusan Magnesium Oxide di dalam baja tu.

> Angka 8S yang kelima bermaksud nisbah ketulenan @ peratusan Sulphur yang ada dalam baja tu.

> TE tu bermaksud trace element atau unsur mikro yang ditambah dalam kandungan baja tu. Ianya mungkin Boron, Ferum, Mangan dan Zink.

Ringkasnya, baja 12:12:17:2 +8S + TE ada 12% Nitrogen, 12% Phosphorus, 17% Kalium @ Potassium, 2% Magnesium Oxide, 8% Sulphur dan sedikit unsur mikro.

Bila tahu baca label baja ni, kita dah dapat guna baja yang betul untuk tanaman kita. Bila guna baja yang tepat, insyaAllah pokok kita akan hidup subur dan cantik. Modal pun jimat sikit. Rasanya lepas ni kawan-kawan dah tak keliru antara jenis baja dan brand baja kan.

Selamat berkebun.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top