Tanaman Sawi Dalam Pasu

Umur sawi ni genap 30 hari lepas tanam. Saya tanam masa anak benih umur 14 hari lepas semai. Ada 7 pasu semuanya. Cukupla untuk keluarga kecil kami.

Dalam tempoh sebulan ni, dah 2 kali saya ambil daunnya. Kali pertama ambil letak dalam mee rebus. Kali kedua pula untuk buat kue tiaw goreng.

Sebab tu saya suka tanam sawi jenis ni, bila nak guna tak perlu cabut dengan pokok-pokok. Cukup sekadar kita ambil 3-4 helai daun yang paling luar sahaja.

.

Masa kawan nak bagi benih tempoh hari, beliau cakap sawi ni tak akan berbunga dan boleh capai berat 1 kg untuk 1 pokok.

Ya ke soal saya balik.

Okey, ambil benih ni dan cuba tanam sendiri. Nanti tengok hasilnya macam mana? Betul atau tak yang macam aku cakap, balas kawan saya dengan suara yang sedikit kuat.

Relaks la. Aku tanya je. Tak kan tu pun dah hangin bro. Hihi

Okey. Mari benih sikit, aku nak suruh anak aku tanam balas saya.

.

Ni cara-cara saya tanam sawi dalam pasu.

1. Guna pasu saiz 12″ × 12″. 1 pokok 1 pasu. Lagi besar lagi elok.

2. Masukkan tanah campuran ke dalam pasu. Kuantititnya 3/4 dari saiz pasu.

3. Tiga hari sebelum tanam, buat lubang lebih kurang 6 inci dalam pasu. Lepas tu letak 10 gram baja “lapik”. Saya guna baja NPK 15:15:15.

4. Lepas letak baja, kambus semula lubang tadi. Lepas tu siram dengan 1 liter air dan biarkan 3 hari.

5. Masa nak tanam tu , gali lubang lebih kurang 2-4 inci dan tanam. Lepas tanam siram dengan sedikit air. Yang tanam sawi ni anak ke 2 saya, Muhammad Aqeel.

6. Siram dengan air baja strong (NPK 12:12:36 + Mikro) pada hari ke tiga lepas tanam. Siram 1 liter 1 pasu. Kadar pencairannya adalah 1 gram baja strong + 1 liter air.

7. Ulang langkah nombor 6 setiap 3-4 hari sekali.

8. Sembur dengan kawalan perosak pada hari ke 3 lepas tanam. Saya sembur dengan racun organiik buatan sendiri, formulasi untuk kawalan serangga. Nisbah penggunaannya 1 ml racun organic + 2 ml cuka kayu + 1 gram baja strong + 1 liter air.

9. Ulang langkah 8 sekali seminggu

10. Sawi jenis ni kita boleh ambil daunnya seawal 20 hari lepas tanam. Caranya kita potong 2 -3 daun yang paling luar @ paling besar. Tak perlu potong @ cabut dengan pokok-pokok. Untung kan.
.

Kaedah ni tidak terhad tanam dalam pasu sahaja. Sahabat boleh guna tong cat, polybag, bekas polisterine, bakul buah, petak tanaman atau apa-apa bekas yang sesuai dengan kawasan rumah kita. Yang penting ianya senang untuk kita urus dan boleh jimatkan kos.

Berkebun dapur ni seronok tau, boleh jadi terapi minda dan hilangkan stress. Untung lagi sebab kita dapat jimat duit dapur dan dapat makan sayur fresh yang bebas dari racun kimia.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top