Sifir Kepadatan & Kos Tanaman Cili Solok Secara Fertigasi Gantung

Ramai sahabat mesej bertanyakan berapa polibag dan anggaran kos jika dia ada tanah seluas sekian-sekian.

Maaf sebab saya tidak mampu jawab satu persatu mesej tuan puan. Ini sedikit panduan sifir kepadatan dan anggaran kos bagi tanaman cili solok secara fertigasi gantung.

1 Ekar = 43,560 kaki persegi.

Jarak Tanaman : 6’ x 3’ = 18 kaki persegi.

Kos Pembangunan = RM10 – RM15 satu polibag (Anggaran kasar bagi kos minimun 500 polibag).

Peratus guna tanah untuk tanaman = 85%

Anggaran Kasar Kepadatan & Kos

1 Ekar
= 43,560 x 0.85 / 18 = 2,057 polibag
= 2,057 x RM15 = RM30,855
.

0.9 Ekar
= (43,560 x 0.9) x .85 / 18 = 1,851 polibag.
= 1,851 x RM15 = RM27,765

0.8 Ekar
= (43,560 x 0.8) x 0.85 / 18 = 1,645 polibag
= 1,645 x RM15 = RM24,675.

0.7 Ekar
= (43,560 x 0.7) x 0.85 / 18 = 1,439 polibag
= 1,439 x RM15 = RM21,585

0.6 Ekar
= (43,560 x 0.6) x 0.85 / 18 = 1,234 polibag
= 1,234 x RM15 = RM18,510

0.5 Ekar
= (43,560 x 0.5) x 0.85 / 18 = 1,028 polibag
= 1,028 x RM15 = RM15,420.

0.4 Ekar
= (43,560 x 0.4) x 0.85 / 18 = 822 polibag
= 822 x RM15 = RM12,330

0.3 Ekar
= (43,560 x 0.3) x 0.85 / 18 = 617 polibag
= 617 x RM15 = RM9,255

0.2 Ekar
= (43,560 x 0.2) x 0.85 / 18 = 411 polibag
= 411 x RM15* = RM6,165

Bagi anggaran kos operasi pula, ianya bergantung kepada berapa lama pokok kita itu dapat bertahan. Semakin lama pokok kita ada dalam polibag, semakin meningkat kos operasinya.

Berdasarkan pengalaman saya dan kawan-kawan, anggaran kasar kos operasi adalah RM4.50 – RM5.50 / polibag / bulan (pokok dapat bertahan paling minimun 3 bulan di ladang).

Anggaran kepadatan dan kos ini tidak lah 100% tepat. Namun ianya boleh dijadikan sedikit panduan dalam perancangan projek kita nanti.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top