Sawi Fertigasi – Margin Untung Boleh Dapat 50%.

Tahun 2019, saya ada kongsi potensi tanaman sawi secara fertigasi. Macam biasa, ada je sindiran sinis yang saya terima.

“Buat sistem fertigasi canggih-canggih, lepas tu tanam sawi. Apa barang bro! Buat rugi je! Baik tanam atas tanah terus. Tak ada kelas langsung!”

Kita raikan pandangan mereka. Kita senyap dan senyum je.

Alhamdulillah.

Hari ini member rapat saya dah buktikan idea tersebut. Untuk permulaan, beliau tanam 2000 polibag dulu sebagai proses adaptasi dengan kenaikan harga input yang “gila-gila”.

Sebelum ni, beliau tanam dengan sayur buah jenis menjalar. Sebab tu jarak tanaman masih jauh, ikut yang asal. Akan datang beliau akan rapatkan lagi polibag.

Member saya ni bukan kaleng-kaleng tau. Dah 16 tahun main fertigasi ni. Ada 9000 polibag semuanya. Dah masak sangat dengan sepak terajang dalam industri ni.

.

“Wan, selama aku main fertigasi ni, tak pernah lagi aku jumpa tanaman yang mudah tanam, mudah urus dan boleh buat duit cepat seperti sawi. Betul yang mu cakap hari tu.

Aku start kutip lepas 3 minggu tabur. Kutip tiap-tiap hari selama 2 minggu. Dapat la purata 500 gram 1 polibag.

Pasaran aku tak ada masalah. Harga macam biasa, ada cun dan ada rendah. Macam sekarang ni cun melecun, RM3.50/kg. Ada juga masa RM2.00/kg pun. Kira harga purata yang aku dapat RM2.80/kg.”

Berap margin mu untung, Jie?

“Polibag dan sabut aku guna yang bekas tanam petola musim lepas. Kira 0 la kos kan.

Baja AB tak habis pun 1 set. Kira mudah 1 set la @ RM160.

Racun dan foliar, tak sampai pun RM200.

Upah budak kerja ni tinggi sikit, ada la dalam seribu untuk 5 minggu ni. Banyak untuk kerja tuai dan packing.

Total kos operasi untuk 1 musim lebih kurang RM1,360.00.

So untung yang aku kira kasar-kasar la boleh dapat RM1440 dalam masa 5 minggu. Nampak macam sikit je kan, tapi try tengok margin dia macam mana. Boleh dapat 50% untung woo.

Aku cadang lepas ni nak banyak main sayur daun la. Mungkin 70% sayur daun dan bakinya baru sayur buah. Biar tak glamour macam cili pun, janji poket tebal.

Sahabat,

Ini pesan member saya. Buat fertigasi ni bukan sekadar nak hasil banyak dan berkualiti je. Kita kena tengok skop yang lebih luas. Tengok dari sudut bisnes. Cipta peluang! Atur “game” dan strategi. InsyaAllah akan ada untung nanti.

p/s : Saya ada jual benih sawi giant. Boleh dapatkan disini agromallasia.ordersini.com Setiap pembelian akan dapat 18 Panduan Berkebun Dirumah dan 1 gram (100 biji) benih lada solok.

Azuan Abdullah

Graduan Bacelor Sains Bioindustri, UPM. Berkhidmat sebagai agronomist. Sangat minat berkebun. Suka menulis dan berkongsi pengalaman berkaitan pertanian.

Leave a Comment

error: Content is protected !!