Potensi Hasil Nanas MD2

Nanas MD2 antara varieti yang paling sedap kerana ia tak lidas lidah dan “crunchy”. Kadar kemanisan pun tinggi antara 16-20%.

Permintaan untuk pasaran domestic pun sangat baik. Ia juga dieksport dalam bentuk buah segar.

Tanaman nanas MD2 yang diuruskan dengan baik dan cekap boleh mendatangkan pulangan yang sangat lumayan.

Seeloknya sebelum bertanam, pastikan kita telah membuat analisis SWOT dan dah hadam betul-betul Prinsip 7M.

Mengikut perkiraan, satu ekar tanah boleh ditanam dengan 16,100 pokok nanas MD2 dan berpotensi untuk dapat 20 tan buah. Pendapatan yang boleh dicapai bergantung kepada harga jualan semasa.

Macam mana nak tahu 1 ekar boleh tanam sebanyak 16,100 pokok?

Baik. Sebelum kita buat kira-kira, kita kena tahu dulu beberapa perkara asas ini supaya perkiraan yang kita buat agak tepat.

Keluasan                   : 1 ekar @ 43,560 kaki persegi
Sistem tanaman      : 1 batas 2 baris
Lebar batas              : 2 kaki
Jarak antara batas : 2.5 kaki
Anggaran panjang batas : 50 kaki (panjang sebenar ikut tapak)
Bilangan batas : ?

Untuk dapatkan bilangan batas, kita mesti tahu dulu berapa luas kawasan yang digunakan untuk tanaman termasuk lorong antara batas. Dalam istilah pertanian, luas kawasan tersebut dipanggil kuadrat batas.

Perkiraan kuadrat batas adalah sebagaimana berikut

= (panjang batas + ruang hujung sebelah kiri batas + ruang hujung sebelah kanan batas) x (jarak antara batas + lebar batas).

= (50’ + 2’ + 2’) x (2.5’ x 2’)
= 54’ x 4.5’
= 243 kaki persegi.

.

Bagi mendapatkan bilangan batas, keluasan tanah yang ada perlu dibahagikan dengan kuadrat batas tersebut.

= 43,560 kaki persegi / 243 kaki persegi
= 179 batas.

1 ekar boleh dapat 179 batas jika peratusan guna tanah untuk kawasan bertanam adalah 100%. Jika, peratusan guna tanah kurang daripada 100%, kita darab je jumlah batas tersebut (179) dengan nilai peratusan guna tanah.

Contohnya,

Jika % guna tanah adalah 95%, jumlah bilangan batas adalah

= 179 batas x 95%
= 170 batas.

.

Jika peratusan guna tanah 85%, bilangan batas adalah

= 179 batas x 85%
= 152 batas.

Dalam perkiraan ini, kita anggarkan peratusan guna tanah adalah sekitar 90% sahaja, maka bilangan batas yang diperolehi adalah

= 179 batas x 90%
= 161 batas

.

Bila dah dapat bilangan batas, baru kita dapat kira bilangan pokok yang boleh ditanam. Nak kira bilangan pokok, mesti kena tahu system tanaman dan jarak tanaman.

Dalam contoh ini, system tanaman yang kita pilih adalah system tanaman atas batas. 1 batas ditanam dengan 2 baris. Jarak antara baris adalah 1.5 kaki dan jarak antara pokok adalah 1 kaki. Eloknya ditanam secara zig zag atau bentuk segi tiga.

Panjang batas kita adalah 50 kaki, maka bilangan pokok untuk 1 batas adalah

= (50’ / 1’) x 2 baris
= 100 pokok.

1 batas sepanjang 50 kaki boleh ditanam dengan 100 pokok nanas MD2. Jika 161 batas, maka bilangan pokoknya adalah

= 100 pokok x 161 batas
= 16,100 pokok.

.

Macam mana pula dengan hasilnya?

Buah nanas MD2 boleh dituai selepas 11-16 bulan ditanam bergantung kepada kualiti anak benih dan pengurusan diladang. 1 pokok akan berbuah 1 biji sahaja.

Bila kita tanam dalam kuantiti yang banyak, agak mustahil semua pokok yang kita tanam dapat berbuah. Mesti ada pokok yang mati, pokok terbantut, buah rosak terkena penyakit, buah rosak dimakan perosak dan macam-macam lagi.

Untuk dapatkan keuntungan pada skala komersil, pokok yang berbuah mestilah paling minimum 85% daripada jumlah yang ditanam. Jika peratusan ini kurang, risiko tak balik modal adalah sangat tinggi.

Maka, bilangan buah yang kita akan dapat adalah

= 16,100 pokok x 85%
= 13,685 biji.

Biasanya, berat 1 biji nanas MD2 antara 1 kg hingga 2.5 kg. Ada juga yang kurang daripada 1 kg dan ada juga yang lebih 2.5 kg.

Kita ambil yang biasa dan standard boleh dicapai ya. Katakan berat purata sebiji adalah 1.5 kg, maka jumlah hasil yang kita boleh dapat

= 13,685 biji x 1.5 kg
= 20,527.50 kg.

Ya. Satu ekar kita boleh dapat hasil sebanyak 20 tan dengan anggaran pokok yang berbuah sebanyak 13,685 pokok dan berat purata 1 biji adalah 1.5 kg.

.

Hasil jualan pula bergantung kepada harga jualan buah tersebut. Jika jualan borong, harganya lebih rendah berbanding jualan runcit.

Misalnya, harga biasa untuk jualan borong adalah RM3/kg

= 20,527.50 x RM3
= RM61,582.50.

Nilai ini akan berbeza jika kita buat jualan runcit sendiri dimana harga runcit boleh meningkat 100% daripada harga jualan borong.

= 20,527.50 kg x RM6
= RM123,165.00.

.

RM60-120 ribu ini adalah anggaran untuk jualan buah sahaja. Untuk nanas MD2, anak benih juga boleh datangkan keuntungan yang lumayan. Kalau kena gaya, jualan anak benih lagi tinggi daripada jualan buah.

InsyaAllah next time, saya kongsi pula tips daripada guru saya macam mana beliau boleh dapat pulangan yang tinggi hasil jualan anak benih.

.

Berdasarkan perkiraan diatas, tanaman nanas MD2 sangat berpotensi dikembangkan di Malaysia. Dengan pengurusan yang cekap dan betul, industrI ini boleh mendatangkan pulangan yang sangat tinggi buat penanam.

Tak pelik la kan bila nanas MD2 dinobatkan antara sumber kekayaan baru di Malaysia.

** Ini adalah anggaran pengiraan untuk panduan dan rujukan sahaja. Nilai sebenar dilapangan mungkin tidak akan sama (kurang atau lebih) bergantung kepada usaha dan pengurusan setiap individu.

 

p/s : Boleh dapatkan ebook ini agromallasia.ordersini.com

Azuan Abdullah

Graduan Bacelor Sains Bioindustri, UPM. Berkhidmat sebagai agronomist. Sangat minat berkebun. Suka menulis dan berkongsi pengalaman berkaitan pertanian.

2 thoughts on “Potensi Hasil Nanas MD2”

Leave a Comment

error: Content is protected !!