Pelbagai Kaedah Berkebun Dapur Yang Perlu Anda Tahu

 

Berkebun dapur @ #KitchenGarden ni ada macam macam cara dan kaedah. Pelbagai teknologi kita boleh guna.

Pilih yang mana kita rasa senang dan selesa.

Macam saya, saya suka berkebun dapur dalam petak tanaman, tong cat dan pasu. Guna tanah campuran sebagai media tanaman.

Ianya cara lama dan nampak macam cara kampung. Tak pe sebab bagi saya ia mudah, jimat dan senang untuk saya uruskan.

Macam-macam saya boleh tanam :

1. Lada solok.

2. Cili padi.

3. Terung.

4. Jagung manis

5. Sawi

6. Kangkung

7. Bayam

8. Halia

9. Kunyit

10. Serai.

11. Limau purut

12. Kubis

13. Flokoli

14. Salad.

15. Pandan

.

Dalam berkebun dapur ni, tak perlu risau sangat kaedah dan cara kita buat tak sama dengan cara jiran kita.

Apa yang paling penting kita tahu asas berkebun dengan betul. Mesti kita akan rasa seronok dan gembira berkebun walau dengan apa cara sekali pun. Moleknya cara yang kita buat tu boleh jimatkan kos dan senang nak urus.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top