Panduan Mudah Nak Kira Kepadatan Tanaman Tembikai

Tembikai seedless / tanpa biji boleh ditanam dengan pelbagai jarak. Biasanya untuk ladang komersil, jarak yang diguna pakai adalah antara 2.5’-4’ x 14.5’-18’. Perbezaan jarak tanaman ini bergantung kepada cara pengurusan sesuatu ladang. Ia juga bergantung pada tahap kesuburan tanah di kawasan tersebut.

Bagi saya, saya suka tanam dengan jarak 2.5’ antara pokok dan 16’ antara baris. Senang nak urus masalah rumpai dan juga senang nak angkut buah nanti.

Jom kita kira sama-sama, berapa pokok boleh ditanam untuk tanah yang berkeluasan satu ekar?

Bilangan pokok = (luas kawasan x % guna tanah) / jarak tanaman.

1 ekar tanah bersamaan dengan 43,560 kaki persegi

Jarak tanaman yang kita guna sebagai contoh adalah 16′ antara batas dan 2.5′ antara pokok. Maka, kuadrat kawasan yang bertanam adalah 40 kaki persegi.

.

Selain daripada jarak tanaman, kepadatan tanaman juga ditentukan oleh peratus guna tanah kawasan yang bertanam. Baik, kita kira satu persatu berdasarkan peratus guna tanah yang berbeza ya.

1. Kadar guna tanah adalah 100%

Bilangan pokok = (43,560 x 100%) / (16’ x 2.5’)
= 43,560 / 40
= 1,089 pokok.

2. Kadar guna tanah adalah 95%

Bilangan pokok = (43,560 x 95%) / (16’ x 2.5’)
= 41,382 / 40
= 1,034 pokok.

3.Kadar guna tanah adalah 90%

Bilangan pokok = (43,560 x 90%) / (16’ x 2.5’)
= 39,204 / 40
= 980 pokok.

4.Kadar guna tanah adalah 85%

Bilangan pokok = (43,560 x 85%) / (16’ x 2.5’)
= 37,026 / 40
= 925 pokok.

Maka, untuk keluasan tanah 1 ekar, kita dapat tanam 925 hingga 1,089 pokok tembikai pada jarak 16’ x 25’ bergantung kepada peratusan guna tanah untuk kawasan bertanam.

Pengiraan kepadatan ini sangat penting sebelum kita mula bertanam. Dengan kepadatan yang kita kira ini, kita dapat tahu berapa kuantiti biji benih yang diperlukan, berapa gulung plastic penutup batas yang nak digunakan dan berapa bag baja yang patut kita beli.

Jom tanam tembikai!

Azuan Abdullah

Graduan Bacelor Sains Bioindustri, UPM. Berkhidmat sebagai agronomist. Sangat minat berkebun. Suka menulis dan berkongsi pengalaman berkaitan pertanian.

2 thoughts on “Panduan Mudah Nak Kira Kepadatan Tanaman Tembikai”

Leave a Comment

error: Content is protected !!