Panduan Mudah dan Jimat Tanam Sawi Dalam Pasu

Dalam banyak-banyak teknik tanam sawi di rumah, ini teknik yang paling mudah dan berkesan buat saya . Ianya dipanggil teknik nutripot buatan sendiri.

Apa yang speselnya teknik nutripot ni?

Melalui teknik ini, kita bagi baja bersama air semasa siraman. Paling best, siraman dibuat seminggu sekali bagi pokok yang masih kecil. Bila pokok usia 3 minggu, baru kita siram 2 kali seminggu. Bestkan.

Walaupun siraman hanya 2 kali seminggu, pokok tak akan mati kelayuan. Hasilnya pun boleh tahan ohsem, lebih kurang 500 gram untuk 1 pasu.

Ini bahan-bahan yang diperlukan.

  1. Pasu
  2. Tong/baldi yang dapat muat 1/3 – ½ pasu.
  3. Span
  4. Cocopeat
  5. Air baja AB

Nak tahu cara-caranya, sila tengok pada gambar ya

Langkah 1

Pilih kombinasi pasu dan tong/baldi yang sesuai. Pastikan 1/3 – ½ daripada pasu boleh masuk ke dalam tong/baldi.

Pastikan pasu yang ada lubang ya. Bilangan lubang tak kisah berapa. Jika ta ada lubang, wajib buat lubang pada dasar pasu tersebut.

 

Langkah 2

Masukkan pasu ke dalam tong untuk ukur paras kedalaman bahagian pasu yang boleh masuk dalam tong/baldi. Saya tanda dengan marker pen paras tersebut.

 

Langkah 3

Keluarkan pasu dari tong dan ukur paras bertanda tersebut. Dalam contoh ini, paras yang ditanda dengan marker dengan hujung pasu adalah 10 cm.

 

Langkah 4

Ukur pula tong/baldi tersebut. Tandakan point dengan ukuran 2 cm lebih daripada paras pasu.

 

Langkah 5

Tebuk lubang pada point yang kita tanda tu. Minimun 2 lubang. Maksimun 4 lubang. Tujuannya adalah sebagai lubang over flow jika air terlebih nanti.

Ia juga boleh meningkatkan kadar pengudaran akar nanti. Lubang tu jangan besar sangat ya. Jika lubang besar,  si aedes boleh masuk bertelur nanti.

 

Langkah 6

Potong span ikut kesesuain lubang dan ketinggian pasu.

 

Langkah 7

Masukkan span ke dalam lubang pasu. Pastikan hujung span mencecah pada bahagia dasar tong/baldi.

 

Langkah 8

Masukkan cocopeat yang telah dibilas ke dalam pasu. Tak perlu penuh. Memadai tenggelam span atau ¾ daripada tinggi pasu.

 

Langkah 9

Tanam anak benih sawi yang telah disemai. Pilih anak yang sihat dan bebas penyakit. Usianya lebih kurang 14 hari lepas semai da n ada 4-5 helai daun.

Lepas tanam, siram pasu tersebut dengan air baja AB hingga lelehan air keluar melalui lubang iver flow pada tong/baldi. EC 1.5.

 

Langkah 10

Jadual siraman dan kepekatan air baja adalah seperti berikut.

Minggu 1 : 1 kali seminggu, EC 1.5

Minggu 2 : 1 kali seminggu, EC 1.8

Minggu 3 : 1-2 kali seminggu, EC 2.0

Minggu 4 & 5 : 1-2 kali seminggu, EC 1.5

** Siraman dibuat hingga air sampai ke parang lubang “over flow”

 

Ini keadaan pokok sawi yang berusia 35 hari lepas tanam. Dia punya daun berkilat-kilat kan.

 

Kita tuai dulu. 1 pasu ni dapat hamper 500 gram. Alhamdulillah tak pahit dan sangat rapuh. Anak-anak suka sangat bila letak dalam nasi air.

.

Selamat mencuba sahabat.

Azuan Abdullah

Graduan Bacelor Sains Bioindustri, UPM. Berkhidmat sebagai agronomist. Sangat minat berkebun. Suka menulis dan berkongsi pengalaman berkaitan pertanian.

2 thoughts on “Panduan Mudah dan Jimat Tanam Sawi Dalam Pasu”

Leave a Comment

error: Content is protected !!