Mudahnya Buat Baja Subur!

Tiga bulan lepas, sepupu ada tanya macam mana nak bagi pokok sawi dan kucai isterinya jadi subur. Pokoknya tak besar-besar dan “berit” je. Nak ambil buat masak pun tak sampai hati.

Senang jer. Pastikan air, baja dan cahaya cukup balas saya.

Air dan cahaya cukup, baja je kot yang tak berapa nak betul. Nak buat macam mana ye, sambung sepupu lagi dengan penuh harapan.

Tanam sawi dan kucai kan! Okey ni cara nak buat baja subur yang paling mudah dan murah. Gerenti boleh buat punya.
.
Bahan-Bahan

1. 1 kg baja sebatian NPK 15:15:15 (harga RM4/kg)
2. 5 liter air bersih

3. Bekas yang sesuai (kapasiti 10 liter). Saya guna tong cat je.

Cara-Cara

1. Masukkan 5 liter air bersih kedalam bekas.

2. Masukkan baja NPK 15:15:15 (1 kg) ke dalam bekas yang ada air tadi.

3. Kacau @ goncang campuran tersebut.

4. Simpan ditempat redup selama 1 minggu. Elakkan daripada terkena cahaya matahari secara terus.

5. Dalam tempoh 1 minggu peraman, kacau @ goncang 2 – 3 kali campuran tersebut.

6. Lepas seminggu, sedia untuk digunakan. Ianya dipanggil larutan stok

 

Penggunaan

1. Setiap kali nak guna larutan stok tadi, pastikan kacau atau goncang terlebih dahulu.

2. Ambil 10 -15 ml larutan stok tadi dicampur dengan 1 liter air, pas tu siram pada pokok sekali seminggu. Nak pokok cantik,siram dua kali seminggu.

3. Bagi pokok sayur daun, kuantiti yang diperlukan lebih kurang 50 – 100 ml sepokok setiap kali siraman.

4. Bagi pokok sayur buah, kuantiti yang diperlukan antara 500 ml – 1 liter sepokok setiap kali siraman.

Kesesuaian

1. Sesuai digunakan untuk semua jenis sayur daun seperti sawi, kangkung, bayam, kucai, kubis dan flokoli.

2. Bagi sayur buah, peringkat yang sesuai adalah pada masa tumbesaran pokok hingga nak berbunga. Contoh sayur buah yang sesuai adalah lada solok, cili merah, cilia api, terung, bendi, petola, timun, peria, kacang panjang.

3. Boleh juga digunakan pada tanaman kontan dalam masa 3 minggu lepas tanam. Contoh tanaman kontan yang boleh digunakan adalah tembikai tanpa biji, tembikai kuning, tembikai wangi, labu manis dan jagung.

Tips

1. Siram pada awal pagi.

2. Tak kisah brand @ jenama apa baja tu,yang penting nisbah NPK nya adalah sama.

3. Hanya sesuai bagi tanaman yang ditanam menggunakan tanah atau tanah campuran sahaja.

4. Baja ini sesuai untuk berkebun dapur sahaja. Jika secara komersil,kos buruh akan tinggi.

5. Jika tanam guna media selain tanah seperti cocopeat dan sekam padi bakar, wajib guna baja Larutan Cooper @ Baja AB.

Alhamdulillah masa jumpa baru ni, beliau beritahu yang sayurnya dan hidup subur sangat. Bukan setakat tak habis makan, boleh sedekah pada rumah sebelah lagi. Siap dia pula yang ajar jirannya cara –cara buat baja subur tadi.

Dengan modal hanya RM4 je, kita boleh buat pokok kita hidup subur dan cantik bila buat dengan cara yang betul. Sungguh jimat!

3 thoughts on “Mudahnya Buat Baja Subur!”

  1. Dalam tempoh 1 minggu peraman, bekas tu perlu tutup rapat atau dibiar terbuka bagi ada udara masuk?

    Saya guna botol minyak masak yg telah dicuci bersih.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top