Lampu Jalan Sebabkan Jagung Tak Berbuah

Baru-baru ini, saya minta tolong anak-anak tebang  pokok jagung yang saya tanam ditepi rumah. Seronok sakan la Fatih dan Aqeel berpesta. Tak sampai 10 minit, setel 32 pokok mereka kerjakan.

Kenapa tebang?

Sebabnya semua pokok jagung ini tak berbunga walaupun usianya dah 50 hari lepas tanam.

Jagung manis yang saya tanam ni jenis tembaga. Biasanya ia akan mula keluar bunga sekitar 35 hingga 42 hari lepas tanam.

Kenapa terus tebang? Tak boleh ke tunggu dan sabar seminggu dua lagi?

Pada tahun 2019, saya ada tanam jagung manis lebih kurang 8 pokok tak jauh daripada tapak sekarang. Tanam dalam tayar.

2-2 kawasan ini terkena cahaya lampu jalan. Bezanya cuma jarak sahaja. Pokok yang ditanam tahun 2019, hanya 5 kaki dari tiang lampu jalan. Pokok yang terbaru ni, jaraknya dari tiang lampu jalan lebih kurang 20 kaki.

Pokok yang ditanam pada tahun 2019 juga subur macam pokok yang saya tebang ni. Batangnya besar-besar dan tingginya dah cecah 2 meter lebih. Sayangnya, pada usia melepasi 65 hari lepas tanam,  ia hanya mengeluarkan bunga jantan sahaja (tassel) tetapi bunga betina (ear) tak keluar-keluar.

Gambar 1 : Pokok ditanam pada tahun 2019. Ada bunga jantan sahaja selepas usia 65 hari lepas tanam

.

Untuk pastikan andaian tu tepat, saya tanam lagi sekali pada tahun ini. Tanam khas untuk pemerhatian. Tanam dalam 2 planter box. 1 planter box ada 16 pokok. Semuanya 32 pokok yang saya tanam.

Keputusan seperti yang dijangka. Semua 32 pokok tersebut hidup subur, daun hijau molek dan batang pun besar-besar. Namun tak ada tanda-tanda nak berbunga walaupun usianya dah mencapai 50 hari lepas tanam.

Gambar 2 : Pokok ditanam pada tahun 2021. Masih belum berbunga walaupun dan berusia 50 hari lepas tanam

.

Berdasarkan pengalaman lepas dan keputusan terkini, saya pun terus tebang. Tak perlu nak tunggu-tunggu lagi sebab dah tahu apa yang bakal berlaku.

Kesimpulannya, jagung manis variety tembaga yang saya tanam tidak akan ada buah  apabila pokoknya terkena sinaran cahaya lampu jalan.

Ini mungkin disebabkan oleh spectrum cahaya yang ada dalam lampu jalan telah menggangu fisilogi (sifat) pokok jagung tersebut.

Semoga tips ini bermanfaat dalam pemilihan kawasan untuk projek jagung secara komersil nanti.

p/s : Ada juga update daripada sahabat yang jagung ditanam dibawah cahaya lampu berbuah. Ianya mungkin disebabkan oleh variety atau faktor-faktor lain.

Azuan Abdullah

Graduan Bacelor Sains Bioindustri, UPM. Berkhidmat sebagai agronomist. Sangat minat berkebun. Suka menulis dan berkongsi pengalaman berkaitan pertanian.

Leave a Comment

error: Content is protected !!