Kikis Kulit Pokok – Tips Penting Cantuman Dewasa Durian Musang King

Ilmu ni tak ada dalam buku. Saya dapat terus ilmu yang super mahal ni dari Uncle Tan semasa berkunjung ke ladang beliau baru-baru ni.

Sebelum kita nak cantum kan “sion” ke pokok dewasa, pastikan pokok dewasa kita tu cukup subur.

Cara kita nak tahu pokok dewasa tu subur atau tidak adalah dengan cara “memaras”/mengikis sedikit kulit luar batang pokok tersebut.

Orang Kelantan panggil “kisik batang”. Jika permukaan yang kita kikis tu warna seakan putih macam dalam gambar, tandanya pokok tersebut cukup subur.

Gambar 1 : Bahagian yang dikisis berwarna seakan putih. Tanda ianya subur dan sesuai untuk cantuman dewasa

Bila kita cantum pada pokok yang subur, peratusan cantuman dewasa yang berjaya adalah sangat tinggi.

Andaikata batang yang kita kikis tu warna seakan merah. Tandanya pokok masih kurang subur.

Jangan cantum. Membazir dan buat penat je kata Uncle Tan

So, kita suburkan pokok dulu dengan membaja. Bila pokok dah subur molek, barulah kita cantum.

 

Gambar 2 : Pokok yang dah berjaya dibuat cantuman dewasa

Sahabat,

Warna batang yang dikikis nampak macam kecil dan remeh je. Tapi impaknya sangat besar.

Sebab tu dalam pertanian ni, kita sangat perlukan mentor. Belajar wajib ada Tok Guru. Rujuk Tok Google untuk dapatkan maklumat tambahan je. Lepas tu buat cross check dengan Tok Guru.

Dengan pengalaman yang ada, beliau boleh bantu kita untuk kenal kat lubang mana ada duri dan kat lubang mana tak ada duri.

 

Azuan Abdullah

Graduan Bacelor Sains Bioindustri, UPM. Berkhidmat sebagai agronomist. Sangat minat berkebun. Suka menulis dan berkongsi pengalaman berkaitan pertanian.

Leave a Comment

error: Content is protected !!