“Heavy Prunning” Pokok Terung

 

 

Ingat lagi tak 2 pokok terung saya yang berbuah lebat dulu. Hingga sekarang ia masih berbakti pada tuannya. Tak kurang 5 biji seminggu saya petik buah dari 2 pokok ini.

Disebabkan pokok dah agak tua dan banyak dahan yang kurang aktif, pagi semalam saya dah buat “heavy prunning”.

“Heavy prunning” ni adalah cantasan major. Ia bermaksud kita buang semua dahan dan daun yang kurang aktif. Biasanya kita hanya tinggal 20-30% daun sahaja.

Kenapa saya buat “heavy prunning”?

Sebabnya untuk pokok keluarkan lebih banyak tunas baru yang sihat. Bila banyak tunas baru yang sihat, pokok pun akan banyak bunga dan buah nanti.

Okey. Ini cara saya buat “heavy prunning”.

1. Pilih dahan yang kurang aktif dan potong dengan scateurs. Nak kenal dahan yang kurang aktif ni senang je, dahan yang tak keluar tunas baru.

2. Potong semua dahan yang ada potensi menghalang cahaya matahari daripada sampai ke tunas baru.

3. Buang semua daun tua dan tak berfungsi. Tinggal kira-kira 20-30% sahaja.

4. Heavy prunning yang terbaik adalah bila semua tunas baru muncul, ianya tak menghalang antara satu sama lain untuk dapatkan cahaya matahari.

5. Pastikan pokok kita dapat pengudaraan yang terbaik. Ia penting untuk mengurangkan risiko penyakit terutama yang disebabkan kulat.

6. Key word heavy prunning adalah nak bagi pokok selesa untuk keluarkan tunas baru.

7. Bila siap proses cantasan, sembur dengan kawalan perosak. Saya guna racun organik formulasi kawalan serangga + cuka kayu + baja strong. Nisbahnya 1 ml racun organik + 2 ml cuka kayu + 1 gram baja strong + 1 liter air. Sembur pada keseluruhan daun.

8. Siram juga pokok dengan baja strong, 2 liter setiap pokok. Nisbahnya 2 gram baja strong untuk 1 liter air.

9. Ulang langkah 7 dan 8 dua kali seminggu.

InsyaAllah dalam masa 1 minggu lagi, banyak tunas baru akan muncul. 2 – 3 hari lepas tu, bunga pun akan turut keluar. Rasanya awal puasa nanti buah tengah meriah.

Jika sahabat ada pokok terung yang dah tua tapi buahnya tak banyak. Boleh cuba kaedah ni, insyaAllah ia berhasil.

Pokok terung ni tak perlu kita tanam banyak-banyak. Cukup 2 pokok jer untuk kebun dapur. Bila kita jaga elok, cukup air, baja, cahaya, bebas serangan perosak dan cukup kasih sayang, insyaAllah setengah tahun makan terung free.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top