Tips Mudah dan Jimat Untuk Kawalan Babi Pada Pokok Musang King

Masa saya lawat kebun Uncle Tan tempoh hari, saya perasan ada plastic yang digantung pada pokok durian musang king.

Hampir semua pokok durian yang batangnya sebesar ibu jari kaki ada digantung dengan plastic ini.

Untuk kepastian, saya pun tanya la Uncle Tan.

Uncle, saya tengok semua pokok durian yang kecil ada digantung dengan plastic. Kenapa uncle gantung plastic tu?

“Ambo gantung plastic ni sebab tak nak bagi babi mari asah taring di pokok durian tu. Tengok ni, habis gelupas kulit duye bekas kena taring babi tu.”

Berkesan ke uncle kaedah ni?

“Nak kata berkesan 100% tu, tak de la. Pokok yang mana ada plastic, kurang la sikit gelupas kulitnya. Mungkin sebab babi tu rasa bising dan serabut kot bila duk bergesel dengan plastic tu.”

Uncle ikat macam mana plastic ni?

“Mudah je nak buatnya. Ikat je plastic di pokok tu pada paras pinggang kita. Pastikan guna plastic yang besar supaya ia dapat mencecah sampai ke tanah. Dalam plastic tu, isi la tanah sikit sebagi pemberat.”

Sahabat,

Cara Uncle Tan ini nampak sangat mudah dan simple. Namun ianya berkesan untuk kurangkan risiko kulit pokok durian di kebun beliau jadi gelupas akibat terkena taring babi.

Rasanya tak salah kan untuk sahabat cuba kaedah ini. Mana tahu, ia juga berkesan untuk kebun sahabat.

Selamat mencuba sahabat.

Azuan Abdullah

Graduan Bacelor Sains Bioindustri, UPM. Berkhidmat sebagai agronomist. Sangat minat berkebun. Suka menulis dan berkongsi pengalaman berkaitan pertanian.

Leave a Comment

error: Content is protected !!