Fertigasi Gantung – Semakin Banyak Polibag, Semakin Rendah Kos Bagi Setiap Polibag

Okey. Ini saya kongsikan hasil perbualan saya dengan kawan pada Khamis lepas berkenaan dengan fertigasi gantung.

Saiz tanah = 102’ x 84’

Luas tanah = 8,568 kaki persegi

= 8,568 / 43,560

= 0.19 ekar.

Biasanya, kita tak akan guna semua kawasan untuk pembinaan infratsruktur fertigasi gantung.

Dalam kes kawan saya ni, 24’ x 12’ daripada luas kawasan kita akan simpan untuk buat rumah operasi system pengairan dan tempat mengumpul hasil.

Masa nak buat infrastruktur gantung tu, paling kurang kita kena simpan 6’ di setiap bahagian luar binaan kita tu. Ianya bagi memudahkan urusan kerja-kerja selepas ini.

Untuk kebun kawan saya ni, kawasan yang betul – betul yang boleh digunakan untuk binaan fertigasi gantung adalah (90’ x 48’) + (78’ x 24’). Boleh rujuk plan susun atur ye.

Baik, kita kira 1-1 ye, berapa polibag yang dapat.

Untuk kawasan 90’ x 48’ :

(90’ / 3) x (48 / 6)

= 30 x 8

= 240 polibag.

 

Bagi kawasan 78’ x 24’

= (78 / 3) x (24 / 6)

= 26 x 4

= 104 polibag.

Maka jumlah polibag adalah sebanyak

240 + 104 = 344 polibag

 

Dari segi kos pembangunan pula, anggaran yang saya buat adalah sebanyak RM7,235.74. Ianya adalah total kos. Ia bermaksud kos satu polibag adalah RM21.03. Kos ini agak tinggi kerana jumlah polibag yang terlibat adalah sedikit.

Merujuk kepada anggaran kos saya sebelum ini, jika bilangan polibag antara 500 – 1000 polibag, anggaran kosnya adalah antara RM15 – RM20 satu polibag. Jika kita buat 2000 polibag dan keatas, anggaran kosnya antara RM10 – RM15 bagi setiap polibag.

Ini bermaksud, semakin banyak polibag yang kita buat, semakin kurang kos bagi setiap polibag. Sebab tu, saya syorkan kalau nak buat, buat paling kurang 700 polibag.

Contoh diatas adalah untuk kos pembangunan sahaja. Bagi kos operasi pula, biasanya saya keluarkan antara RM3 – RM5 / polibag / bulan.

 

Dari segi hasil pula, jika kita tanam lada solok, biasanya 90% daripada jumlah polibag akan dapat 3 kg buah satu polibag .

Hasil = 344 polibag x 0.9 x 3

= 928.90 kg

Kita boleh darabkan hasil ni dengan anggaran harga yang mungkin kita akan dapat, contohnya :

928.8 x RM5 = RM4,644.00

928.8 x RM 10 = RM9,288.00

928.8 x RM15 = RM13,932.00

Ke 3-3 harga ini adalah harga yang pernah saya dapat bila jual borong. Adat berniaga la kan, ada masa murah dan ada ketika mahal.

Dalam fertigasi ni, kos pembangunan memang agak tinggi pada peringkat permulaan. Biasanya ia akan mengambil masa 3-5 musim untuk dapatkan semula pulangan modal yang telah dilaburkan tersebut. Ada juga beberapa kawan saya yang dapat balik modal dan untung terus pada musim pertama bila mana harga yang mereka dapat agak tinggi pada waktu tu.

Jadual Butiran Pembangunan

Pengiraan diatas adalah anggaran sahaja. Berdasarkan pengalaman saya dalam bidang ni, ianya 85 % tepat dengan kos yang sebenar. Jadi, boleh lah jika sahabat nak buat panduan bila nak buat fertigasi gantung nanti.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top