Cara Tanam Bendi Fertigasi Atas Tanah

Aku tengok bendi mu ni comey molek la. Dah la batang besar lengan budak darjah satu, cabang banyak pulak tu. Buah tak payah cerita la, tak habis nak kira luah kawan lama masa datang kebun pagi Ahad lepas.

Ni mesti ada buah “spelek” ni tambah beliau lagi.

Mana ada buah spelek. Yang penting air, baja dah cahaya cukup.

Okey. Mu nak tahu ke cara aku tanam bendi ni macam mana tanya saya pula.
Mestilah nak jawab beliau spontan.

Baik. Mu dengar molek-molek deh aku nak cerita ni.

Cara-Cara Tanam

1. Bijih benih kena semai dulu dalam tray 104 lubang. Guna peatmoss sebagai media semaian. Tempoh semaian antara 8 – 14 hari. Aku tanam masa umur anak 12 hari sebab masa tu anak benih dah ada 2 helai daun yang sihat dan berfungsi.

2. Tanam dengan jarak 6’ x 3’ sebab nak bagi pokok cukup ruang untuk dapat cahaya dan udara. Bila cahaya cukup, pokok akan tumbuh secara tegak dan akan banyak cabang. Bila banyak cabang, buah pun akan banyak.

3. Tanam atas tanah dan guna baja larutan Cooper @ Stok AB. Drip guna system pengairan titis. Tanam atas tanah sebab nak jimatkan air dan baja sebab bendi ni kategori sayur bernilai rendah. Jika tanam guna cocopeat atau sekam padi bakar, kos baja tinggi dan pokok cepat tumbang.

4. Satu hari lepas tanam terus sembur dengan racun kulat dan racun serangga. Campur pelekat dalam racun tersebut untuk lebih lama lekat pada daun.

Pembajaan

1. Hari pertama hingga keempat lepas tanam, bagi air kosong sahaja setiap pagi dan petang. Lebih kurang 500 ml setiap kali drip.

2. Start bagi air baja pada umur 5 hari lepas tanam. Drip 500 ml setiap pokok pada waktu pagi dengan kepekatan 1.5 mS. Petang bagi air kosong.

3. Drip air kosong dua kali sehari pada hari tak bagi air baja. Jika terlalu panas, drip 3 kali sehari. Kuantiti air setiap kali drip lebih kurang 500 – 1000 ml.

4. Ulang langkah 2 setiap 3 hari sekali. Kuantiti antara 500 – 1000 ml. Tambah kepekatan 0.1 mS setiap kali siram hingga maksimun 3.0 mS.

5. Seminggu sekali sembur dengan foliar AB. Guna kepekatan 2.0 mS dan sembur pada awal pagi.

Penjagaan

1. Sembur racun kulat dan racun serangga jika ada tanda serangan penyakit atau perosak. Biasanya bendi ni paling kurang penyakit dan perosak. Senang nak urus dan jaga.

2. Buang daun yang tidak berfungsi.

3. Buat trellis atau pasang pancang pada umur 2 minggu lepas tanam supaya pokok tak tumbang.

 


Tips

1. Tanam atas tanah atau tanah campuran sebab boleh jimat air dan baja. Bila tanam atas tanah, air baja bagi dua kali je seminggu. Jika tanam guna cocopeat, nak tak nak terpaksa bagi air baja 3 kali sehari. Kita akan rugi.

2. Pastikan pokok tumbuh tegak. Bila tegak,cabang akan banyak. Bila cabang banyak, buah pun akan banyak.

3. Pokok akan mula keluar putik bunga pada umur 25 hari lepas tanam. Satu minggu lepas tu dah boleh kutip. Biasanya bendi boleh kutip tiap-tiap hari.

4. Buang daun yang tak berfungsi secara berkala sebab boleh kurangkan risiko penyakit dan jimatkan air.

Berkebun ni akan jadi mudah bila kena caranya. Cara ni juga boleh guna untuk tanam cili, terung, jagung, tembikai dan labu.

1 thought on “Cara Tanam Bendi Fertigasi Atas Tanah”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top