Cara Paling Mudah Nak Kira Kepadatan Pokok!

 

Nak kira kepadatan tanaman ni mudah je bila kita tahu caranya.  Ada dua cara :

1. Kaedah jarak tanaman

2. Kaedah bilangan batas

Baik. Sebelum kira, kita tengok dulu sifir asas keluasan ye.

1 hektar = 2.47 ekar

1 hektar = 10,000 meter persegi.

1 ekar = 0.4 hektar

1 ekar = 43,560 kaki persegi

Sifir ni kena hafal ye, baru senang nak kira. Jika tak nak hafal, tulis buat “toyol” pun boleh. Hihi.

Okey. Kali ni kita kira kepadatan pokok dengan kaedah jarak tanaman dulu ye sebab ia paling senang. Cara ni biasa guna untuk kira kepadatan pokok durian, kelapa, manggis, limau, jambu, pisang dan yang sewaktu dengannya.

Okey. Ni formulanya.

Bilangan pokok = (luas kawasan x % kawasan bertanam ) / jarak tanaman

Contohnya.

Pak Mat ada tanah seluas 0.8 ekar. Beliau bercadang nak tanam durian D197 Raja Kunyit @ Musang King.

Jom kita kira sama-sama kira berapa pokok durian Musang King yang dapat Pak Mat tanam.

Biasanya, jarak tanaman durian Musang King adalah 40’ x 40’ dan % kawasan bertanam adalah 95%.

Pertama sekali kita perlu tukar kepada satu unit sahaja untuk mudahkan kita kira nanti. Kita tukar kepada unit kaki persegi ye.

Luas : 0.8 ekar x 43,560 kaki persegi  = 34,848 kaki persegi.

Jarak tanaman : 40’ x 40’ = 1,600 kaki persegi.
Jadi:

Bilangan pokok = (34,848 kaki persegi x 0.95) / 1,600 kaki persegi

= 33,105.60 kaki persegi / 1,600 kaki persegi

= 20 pokok.

Dah boleh nampak kan cara kiranya?

Baik. Untuk lebih jelas lagi, kita tengok contoh satu lagi ye. Kali ni kita kira dalam unit meter persegi pula.

Pak Mael ada 2 ekar tanah. Beliau nak tanam dengan pisang berangan.

Biasanya, jarak tanaman pisang berangan adalah 3 x 3 meter  dan % kawasan bertanam adalah 95%.

Kita tukar dulu unit dalam ekar kepada hektar dan seterusnya kepada meter persegi. Baru mudah nak kira.

Luas kawasan = 2 ekar  / 2.47 ekar x 10,000

= 8,097 meter persegi

Jarak tanaman = 3 x 3 meter

= 9 meter persegi

% kawasan bertanam = 95% peratus.

Bilangan pokok = (8,097 meter persegi x 0.95)/ 9 meter persegi

= 7,692 persegi / 9 meter persegi

= 854 pokok

Lepas ni, senang la sikit kita nak buat perancangan bila dan tahu kira kepadatan pokok ni. Nak buat kira-kira pun mudah. Kos pembangunan dan operasi  pun dapat dioptimunkan. Pembaziran input dan anak benih dapat dikurangkan.

Ajarkan juga ye formula ni kepada rakan tani yang lain ye SEBAB mungkin ianya akan sangat berguna untuk mereka juga.

p/s : Boleh follow Azuan Abdullah & Set See First ye supaya tak terlepas ilmu dan pengalaman yang super mahal tu nanti.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top