Cara Mudah Buat Baja Buah!

Kaedah ni saya guna untuk berkebun di rumah. Guna pada pokok jagung, cili api, lada solok, terung dan limau kasturi.
.
Bahan-Bahan

1. 1 kg baja sebatian NPK 12:12:17

2. 5 liter air bersih

3. Bekas yang sesuai (kapasiti 10 liter)

Cara-Cara

1. Masukkan 5 liter air bersih kedalam bekas.

2. Masukkan baja NPK 12:12:17 (1 kg) ke dalam bekas yang ada air tadi.

3. Kacau @ goncang campuran tersebut.

4. Simpan ditempat redup selama 1 minggu. Elakkan daripada terkena cahaya matahari secara terus.

5. Dalam tempoh 1 minggu peraman, kacau @ goncang 2 – 3 kali campuran tersebut.

6. Lepas seminggu, sedia untuk digunakan. Ianya dipanggil larutan stok

Penggunaan

1. Setiap kali nak guna larutan stok tadi, pastikan kacau atau goncang terlebih dahulu.

2. Ambil 15 -20 ml larutan stok tadi dicampur dengan 1 liter air, pas tu siram pada zon akar pokok sekali seminggu. Nak pokok cantik,siram dua kali seminggu.

3. Kuantiti yang diperlukan antara 1 – 1.5 liter sepokok setiap kali siraman.

Kesesuaian

1. Sesuai digunakan untuk semua jenis sayur buah pada peringkat berbunga hingga berbuah.

2. Boleh juga digunakan pada tanaman kontan 3 minggu lepas tanam. Contoh tanaman kontan yang pernah saya guna adalah tembikai tanpa biji, tembikai kuning, tembikai wangi, labu manis dan jagung.

Tips

1. Siram pada awal pagi.

2. Tak kisah brand @ jenama apa baja tu. Boleh juga guna baja jenis 13:13:21 + TE.

3. Hanya sesuai bagi tanaman yang ditanam menggunakan tanah atau tanah campuran sahaja.

4. Baja ini sesuai untuk berkebun dapur sahaja. Jika secara komersil, kos buruh akan tinggi.

5. Jika tanam guna media selain tanah seperti cocopeat dan sekam padi bakar, wajib guna baja Larutan Cooper @ Baja AB.

Alhamdulillah dengan guna baja ni semasa peringkat berbunga dan berbuah, saya sangat puas hati dengan hasilnya. Sahabat boleh tengok gambar dibawah, semua pokok tu saya tanam di tepi rumah je dengan kombinasi baja yang betul pada masa yang betul.

InsyaAllah, sahabat pun boleh buat lagi cantik dari saya bila buat dengan betul ye.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top