Cara-Cara Nak Kira Batas Tanaman

Untuk kira batas tanaman ni, kita perlu kira dulu kuadrat batas. Bila dah dapat kuadrat batas, barulah kita dapat kira batas tanaman untuk 1-1 kawasan.

Baik. Ni formulanya ye.

Kuadrat Batas = Panjang x Lebar

Contoh:

Panjang = 25 kaki

Lebar = 4 kaki

Jarak antara batas = 2 kaki

Lorong pada sebelah hujung batas = 2 kaki

Maka,

Kuadrat Batas = (25’ + 2’) x (4’ + 2’)

= 27 kaki x 6 kaki

= 162 kaki persegi.

Okey, dah dapat kuadrat batas. Jom kita kira jumlah batas yang ada untuk 1 ekar.

Bilangan batas = (Luas kawasan x % kawasan terlibat) / kuadrat batas

= 43,560 kaki persegi x 1 / 162 kaki persegi

= 268 batas (Jika kawasan yang terlibat adalan 100%).

.

Kita ambil 1 contoh pengiraan untuk nampak lebih jelas lagi.

Fauzi ada tanah seluar 1.2 ekar. Berapa batas yang beliau dapat jika peratus guna kawasan adalah 90%.

Bilangan Batas = (1.2 ekar x 43,560 kaki persegi x 0.9) / 162 kaki persegi

= 47,044 kaki persegi / 162 kaki persegi

= 290 batas
.

Contoh pengiraan diatas tu hanya sebagai panduan asas sahaja. Ketepatan yang sebenar bergantung kepada panjang batas dan lebar batas yang kita buat serta bentuk sebenar tanah kita tu ye

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top