Apa Itu Fertigasi?

Sambil borak –borak lepas makan malam beberapa hari yang lepas, isteri bertanya kepada saya.

Fertigasi tu apa ya?

Pelik ni, tiba – tiba tanya pasal fertigasi balas saya.

Kenapa?

Taka ada apa, saje jer nak tahu. Sebab, baru ni kawan ada tanya.

Oo. Okeh.

Fertigasi ni asalnya daripada perkataan “fertigation”, iaitu gabungan perkataan “fertilizer” dan “irrigation”. Maksudnya, pemberian baja @ nutrient melalui system pengairan kepada zon akar tanaman.

Fertigasi ni ada dua jenis, fertigasi tertutup dan fertigasi terbuka.

Fertigasi tertutup boleh dikelaskan kepada dua jenis. Fertigasi dibawah Struktur Pelindung Hujan (SPH) dan Sertukur Pelindung Hujan beserta Rumah Kalis Serangga.

Kedua – dua ni sangat sesuai di tanah tinggi. Macam yang kita tengok, benda ni banyak dekat Cameron Highlands dan Lojing. Biasanya kita akan tanam dengan sayur yang bernilai tinggi. Contohnya tomato, strawberry, cili dan capsicum.

Fertigasi terbuka pun ada dua kategori juga. Satu fertigasi terbuka atas tanah dan satu lagi fertigasi gantung.

Untuk fertigasi atas tanah, ianya sesuai dibuat di kawasan yang rata dan tidak banjir. Fertigasi gantung pula sangat sesuai di kawasan rendah dan selalu banjir. Kedua-duanya boleh dikatakan pelengkap antara satu sama lain.

Jadi, isu kawasan yang tidak boleh diusahakan dengan pertanian boleh diselesaikan dengan teknologi fertigasi ini.

Bagi fertigasi terbuka, tanaman yang sesuai diusahakan seperti cili merah, cili solok, cili padi, terung, petola, timun, peria dan kacang panjang, sawi, jagung, tembikai, bendi, kubis dan banyak lagi.

Bila kita nak menanam guna kaedah fertigasi, sistem pengairan mestilah guna system pengairan titis.

Jenis baja yang digunakan adalah baja jenis larut air. Biasanya baja yang famous untuk fertigasi adalah baja AB. Formulasi baja berdasarkan kepada jenis tanaman.

Bekas tanaman kita akan guna pasu, polibag atau tayar. Majoriti guna polibag sebab ianya murah dan ringan.

Dalam polibag tu, kita boleh masukkan cocopeat atau sekam padi bakar sebagai media tanaman. Nak  guna campuran cocopeat + sekam padi bakar pun boleh. Ada juga yang guna tanah campuran bila guna tayar sebagai bekas tanaman.

Banyak kelebihannya bila kita tanam guna kaedah fertigasi berbanding system konvensional. Antaranya:

1. Mengurangkan kos operasi.

2. Meningkatkan produktiviti & kualiti.

3. Menjimatkan masa.

4. Meningkatkan kecekapan ladang.

5. Menjimatkan penggunaan air dan baja.

6. Mengelakkan pencemaran nutrien – garam tidak meresap ke dalam tanah

7. Mengelak jangkitan bawaan tanah

.

Ini beberapa gambar contoh fertigasi terbuka yang agak popular di Kelantan.

 

Gambar 1 : Jagung ditanam secara fertigasi dalam petak tanaman.

 

Gambar 2 : Timun ditanam secara fertigasi gantung.

 

Gambar 3 : Cili ditanam secara fertigasi polibag atas tanah

.

Agak – agak boleh cerita tak bila ada kawan–kawan tanya lagi.

Ermm, payah juga nak hadam tu, jawab isteri.

Okey, macam ni. Nanti saya tulis siap-siap dan post di blog, bila ada kawan-kawan yang tanya, awak bagi je alamat blog saya. Selesai masalah.

Azuan Abdullah

Graduan Bacelor Sains Bioindustri, UPM. Berkhidmat sebagai agronomist. Sangat minat berkebun. Suka menulis dan berkongsi pengalaman berkaitan pertanian.

Leave a Comment

error: Content is protected !!