5 Langkah Mudah Buat Tanah Campuran Sendiri

Petang Selasa lepas, sempat la saya ajar anak-anak buat tanah campuran. Ajar cara yang paling mudah dan simple je. Guna 3 bahan sahaja iaitu tanah, kompos dan cocopeat. Kami gaul pun dalam kereta sorong je.

Seronok bukan main la 3 beradik tu. Berebut-rebut pakat nak tolong gaulkan. Hannah siap main kepal-kepal lagi tanah tu.

Nisbah untuk buat tanah campuran ini tak ada yang tepat sebenarnya sebab ia bergantung kepada jenis dan tekstur tanah yang kita gunakan.

Saya biasa guna nisbah 2:1:1. Ianya bermaksud 2 bahagian tanah + 1 bahagian cocopeat + 1 bahagian kompos.

Cara saya buat tanah campuran mungkin sedikit berbeza dengan sahabat yang lain. Saya lebih suka gaul tanah campuran tersebut didalam kereta sorong. Ianya sangat senang, cepat dan tidak bersepah.

Jom kita sama-sama tengok 5 langkah mudah tersebut.

 

Langkah 1

Sediakan kereta sorong. Nak guna bekas lain pun boleh ya. Saya suka gaulkan dalam kereta sorong sebab ianya mudah dan senang. Yang penting tak sakit pinggang.

Masukkan 1 bahagian kompos ke dalam kereta sorong. 1 bahagian ini adalah dalam unit isipadu. Contohnya 1 baldi kompos.

 

Langkah 2

Tambahkan 1 bahagian cocopeat ke dalam kereta sorong tersebut.

 

Langkah 3

Tambahkan 2 bahagian tanah ke dalam kereta sorong tersebut.

 

Langkah 4

Gaulkan semua campuran hingga sebati. Saya guna cangkul je. Ianya senang dan cepat. Yang penting, pinggang steady je.

 

Langkah 5
Masukkan tanah campuran yang siap digaul ke dalam bekas tanaman. Nak terus tanam pun boleh. Nak biarkan dulu pun boleh. Nak lagi power, siram dengan larutan EM dan biarkan 3-7 hari.

 

Ini keadaan pokok kunyit dan bayam hijau yang saya tanam guna tanah campuran tersebut. Subur dan cun melecun! Sejuk je mata memandang kan.

.

Kenapa saya suka sangat guna tanah campuran ni bila berkebun dirumah?

Sebabnya bila guna tanah campuran ini, kita boleh jimat air. Tak ingat siram dua tiga hari pun pokok steady jer. Tak layu.

Baja pun boleh jimat juga. Macam pokok bayam diatas, hanya sekali seminggu je di beri air baja.

Azuan Abdullah

Graduan Bacelor Sains Bioindustri, UPM. Berkhidmat sebagai agronomist. Sangat minat berkebun. Suka menulis dan berkongsi pengalaman berkaitan pertanian.

9 thoughts on “5 Langkah Mudah Buat Tanah Campuran Sendiri”

Leave a Comment

error: Content is protected !!