4 Pesanan Buat Nubis Yang Nak Bela Lebah Kelulut

Saya bukan pakar kelulut dan juga bukan otai yang ada beratus-ratus log. Cuma saya ada sedikit pengalaman bela kelulut dicampur dengan pengalaman kawan-kawan terdekat.

Saya mula bela lebah kelulut pada tahun 2015. Mula-mula beli 3 log. Dalam masa 6 bulan dah terbeli 27 log. Haha

Secara kasar, saya belanjakan RM5,000 lebih untuk beli log kelulut.

Saya bermula dengan zero. Tak tahu apa-apa pasal kelulut. Bela kelulut sebab ghairah dengan keuntungan yang bakal diperolehi.

Tahun 2016, saya dapat cover balik modal RM5,000 hasil jualan madu.

Tahun 2017, lebah kelulut saya tinggal hanya 12 log sahaja. 1 kena curi dan yang selebihnya pupus.

Tahun 2018, bedah siasat apa tindakan bodoh yang telah saya lakukan. Pada masa sama, belajar buat pecah koloni. Alhamdulillah berjaya dengan izin Allah.

Tahun 2019, cuba bangkit semula dengan menjadikan 12 log yang ada betul-betul produktif. Akan cuba tambah 3 log hasil pecah koloni.

Pengalaman saya 5 tahun bela kelulut, 1 log paling banyak dapat 7 kg setahun. Yang dapat 0.5 kg setahun pun ada. Ini jenis Heterotrigona Itama.

Betul orang cakap 1 log boleh dapat purata 5 kg setahun. Percayalah, bukan semua log yang akan dapat 5 kg setahun. Untuk dapatkan tu, banyak factor yang perlu diambil kira.

Ini pesanan saya buat nubis.

1. Bela 3 log sahaja dahulu dalam tempoh 1 tahun. Jangan terlalu ghairah dengan kira-kira untung. Contoh mudah, saya dan 3 orang kawan yang lain dah jatuh tersungkur.

2. Masa mula-mula nak bela, beli yang dah siap topping. Bela jenis Heterotrigona Itama sahaja sebab ia jenis yang tahan lasak dan mudah nak urus. Jenis yang lain, kiv dulu walaupun ceritanya bombastic. Belajar kenal sifat kelulut itama ni dulu hingga master.

3. Ilmu dalam kursus yang kita pelajari dan mentor yang ada tidak boleh dijadikan sandaran untuk kita terus buat secara skala besar @ komersil. Banyak sangat asam garamnya. Bila buat sendiri, baru kita tahu mana yang boleh dan mana yang tak boleh.

4. Mintak tolong perhalusi 3 pesanan diatas supaya sahabat sekalian tak jatuh macam saya. Bukan saya sahaja yang jatuh, 3 orang kawan lain pun turut jatuh, malah diaorang lagi teruk. Tak balik modal.

Semoga dengan sedikit perkongsian ini, ianya dapat membantu sahabat daripada “melanggar dinding” yang telah saya langgar. Saya tak nak sahabat terus langgar dinding yang sama. Cukuplah hanya kami yang langgar.

1 thought on “4 Pesanan Buat Nubis Yang Nak Bela Lebah Kelulut”

Leave a Reply to Hairulnizam Razali Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top