Tips Mudah Membaja Limau Kasturi Guna Kepala Udang

Setiap kali siang udang, kepala dan kulit udang saya akan simpan. Benda boleh buat baja, buat apa kita buang kan. 2-2 sisa ni sangat power bila digunakan pada pokok.

Kepala dan kulit udang ni kaya dengan chitin @ chitosan. Banyak sangat kelebihan chitosan ni. Antaranya boleh meningkatkan tahap antibodi pokok terhadap sesuatu penyakit dan boleh juga merangsang tumbesaran pokok supaya jadi lebih subur.

Ada pelbagai teknik yang kita boleh jadikan kepala dan kulit udang ini sebagai baja. Kali ni, saya nak kongsi cara yang paling mudah. Cara yang paling malas. Hihi.

Saya guna terus 2-2 sisa buangan tersebut pada pokok limau kasturi. Caranya boleh tengok pada gambar ya.

 

Ini kepala dan kulit udang yang saya simpan. Ianya  mungkin nampak kotor, tapi  sangat baik untuk tanaman.

 

Pokok limau kasturi ini saya tanam dalam tayar ditepi pagar rumah.  Usianya lebih kurang 1 tahun lebih. Dia punya dahan ada yang dah  cecah simen planter box sebab tak mampu tanggung berat buah.

 

Langkah 1

Mula-mula kita buat alur dibawah kanopi daun pokok tersebut. Dalam gambar ini, saya buat alur di keliling pokok. Kedalaman alur lebih kurang 3-4 inci.

 

Langkah 2

Tabur je kepala dan kulit udang  ke dalam alur yang kita buat tu. Eloknya tabur biar sekata.

 

Langkah 3

Siap tabur kepala dan kulit udang, kambus balik alur tu ya. Ini penting supaya sang lalat tak datang berkampung kat sini. Bila kambus, bau busuk pun tak ada.

 

Langkah 4

Akhir sekali, saya siram dengan cecair BIM + molasses. Untuk 1 liter air, saya guna 5 ml BIM + 5 ml molasses. Tujuannya adalah untuk mempercepatkan proses pengomposan sisa yang kita kambus tadi.

Nak siram plant booster, EM atau molasses sahaja pun boleh. Jika semua ini tak ada, siram je guna air basuhan beras ya. Tak ada masalah.

.

Cara ini tidak terhad kepada pokok limau kasturi sahaja ya. Ianya boeh dibuat pada semua jenis tanaman yang berbuah. Untuk sayur berdaun, lebih elok kita proses dulu kepala udang ni jadi serbuk, baru kita tabur.

Azuan Abdullah

Graduan Bacelor Sains Bioindustri, UPM. Berkhidmat sebagai agronomist. Sangat minat berkebun. Suka menulis dan berkongsi pengalaman berkaitan pertanian.

2 thoughts on “Tips Mudah Membaja Limau Kasturi Guna Kepala Udang”

Leave a Comment

error: Content is protected !!