4 Langkah Mudah Dan Cepat Bilas Cocopeat Untuk Berkebun Dirumah

Sebelum kita guna cocopeat sebagai media tanaman, eloknya kita bilas dulu cocopeat tersebut dengan air kosong. Ada 2 sebab kenapa kita perlu bilas/flsuhing cocopeat tersebut.

1. Ada “garam” bersama-sama dengan cocopeat. Garam tersebut boleh mengikat nutrient dan kesannya akar tak dapat nak ambil nutrient tersebut dengan baik.

Bila kita bilas, garam tersebut dapat disingkirkan dan akar dapat ambil semua nutrien dengan sempurna.

2. Biasanya, pH cocopeat yang tidak dibilas adalah rendah, iaitu dibawah 5.5. Jika pH rendah, tak semua nutrient dapat diambil oleh akar.

Bila kita bilas, ia dapat meningkatkan pH cocopeat kepada keadaan yang sesuai untuk pokok (antara 5.5 – 6.5). Bila pH cocopeat dah sesuai, akar pun dapat serap semua nutrient dengan sempurna.

Ini cara saya bilas/flushing cocopeat untuk kegunaan berkebun dirumah. Untuk kebun komersil, kaedah ini kurang sesuai ya.

Caranya boleh follow panduan bergambar dibawah ya.

 

Langkah 1

Sediakan bekas yang sesuai. Saya gunakan tong hitam. Nak guna tong cat atau apa-apa bekas pun boleh. Ianya tak jadi masalah.

 

Langkah 2

Tebuk lubang dibawah tong tersebut. Saiz lubang yang saya buat adalah saiz paku 2 inci. Memadai ada 8-12 lubang je.

Jika bilangan lubang terlalu banyak dan saiz lubang besar, kadar aliran air keluar sangat cepat. Ini boleh menyebabkan proses membilas cocopeat tidak sempurna.

 

Langkah 3

Masukkan cocopeat ke dalam tong tersebut hingga penuh.

 

Langkah 4

Siram air bersih keatas cocopeat tersebut. Siraman dibuat hingga semua cocopeat basah dan ada lelehan air keluar dibawah tong. Biasanya isipadu cocopeat akan berkurang bila kena siram.

Kita tambah semula bagi penuh pun boleh, tak nak tambah pun boleh. Ulang proses siraman ini sebanyak 3 kali (eloknya dibuat 1 kali 1 hari). Lepas 3 kali bilas, cocopeat sedia untuk digunakan.

Jika malas nak buat proses siraman ini, biarkan je kena hujan. Tapi mungkin ia lambat la sikit ya sebab kita kena tunggu hujan turun dulu.

 

Azuan Abdullah

Graduan Bacelor Sains Bioindustri, UPM. Berkhidmat sebagai agronomist. Sangat minat berkebun. Suka menulis dan berkongsi pengalaman berkaitan pertanian.

2 thoughts on “4 Langkah Mudah Dan Cepat Bilas Cocopeat Untuk Berkebun Dirumah”

Leave a Comment

error: Content is protected !!